hamil

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

kurma

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Popularity: 30% [?]

Ramai wanita tertanya-tanya sama ada mereka harus mengikuti diet yang khusus sewaktu mereka sedang menyusui anak. Berita baiknya, anda mungkin tidak perlu melakukan perubahan diet yang drastik melainkan anda mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat sebelum ini. Namun, ada beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan:

Diet yang seimbang penting untuk kesihatan anda

Satu daripada kelebihan susu ibu ialah ia boleh memenuhi keperluan nutrisi bayi anda walaupun cara pemakanan anda tidak betul. Tetapi sungguhpun bayi anda tidak akan mendapat kemudaratan disebabkan oleh kekurangan dietari anda, ini tidak bermakna anda akan terlepas. Memperolehi vitamin dan nutrien yang mencukupi adalah penting kerana anda memerlukan tenaga untuk memenuhi tuntutan fizikal menjaga bayi yang baru lahir. Anggaplah aktiviti menyusui anak sebagai motivasi yang berterusan untuk meneruskan diet sihat yang anda amalkan semasa hamil. Fokus pada pengambilan bijian lengkap dan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan yang memberikan banyak protein, kalsium and zat besi.

Mengamalkan pemakanan yang baik tidak bermaksud anda perlu lebih banyak makan. Pakar mengesyorkan bahawa ibu yang menyusui anak perlu mendapatkan tambahan 500 kalori sehari. Namun, tiada pengesyoran satu untuk semua kerana keperluan tenaga anda akan bergantung pada berat badan semasa anda dan juga banyak bergantung pada tahap aktiviti anda.

Mengamalkan diet sewaktu menyusui anak adalah baik, tetapi lakukan secara perlahan-lahan

Kurangkan berat badan secara beransur-ansur (1 hingga 2 paun seminggu) dengan menggabungkan diet rendah lemak yang sihat dengan senaman yang sederhana. Kehilangan berat badan secara mendadak boleh membahayakan bayi anda kerana ia membebaskan toksin yang biasanya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah anda. Ini meningkatkan jumlah bahan cemar yang akhirnya akan terkumpul dalam susu anda. Jika anda hilang lebih daripada 2 paun seminggu selepas enam minggu yang pertama, anda perlu mengambil lebih banyak kalori.

Aktiviti menyusui bayi membantu mengurangkan lemak yang tersimpan semasa hamil untuk mempersiapkan anda bagi pengeluaran susu. Jadi, sesetengah ibu baru akan mendapati berat badan mereka seolah-olah menurun semasa mereka sedang menyusui anak. Namun, ia akan mengambil masa kira-kira sepuluh bulan hingga setahun sebelum kembali ke berat badan anda yang asal iaitu sebelum hamil. Dan jangan terfikir untuk cuba mengurangkan berat badan sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas bayi anda lahir! Mengehadkan apa yang anda makan pada minggu-minggu awal pengeluaran susu hanya akan mengurangkan bekalan susu anda.

Hadkan pengambilan sesetengah ikan

Pada Mac 2004, U.S. Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) mengeluarkan garis panduan baru tentang bagaimana wanita yang cuba untuk mendapatkan anak, wanita hamil, ibu yang sedang menyusui anak, dan anak-anak kecil boleh mengehadkan pendedahan mereka kepada merkuri dalam ikan. Mereka kini menasihati agar memakan tidak lebih daripada 6 auns (kira-kira satu sajian) albacore dalam tin atau tuna “putih” seminggu.

Menurut garis panduan FDA/EPA, anda juga harus mengehadkan 12 auns seminggu (kira-kira dua sajian) tuna “ringan” dalam tin dan ikan telah dimasak yang lain. Dan anda juga harus elakkan daripada memakan ikan yu, ikan todak, dan ikan merah (juga dipanggil golden atau white snapper). Pertimbangkan untuk mengambil suplementasi omega-3 jika anda ingin memenuhi keperluan harian anda iaitu asid lemak penting tanpa perlu risau akan pencemaran merkuri.

Jauhi alkohol – atau sekurang-kurangnya ambil langkah berhati-hati

Anda mungkin mahu berhenti minum semasa anda masih menyusui bayi anda, kerana alkohol boleh memasuki susu anda dan boleh membahayakan atau menyebabkan bayi anda meragam. Antara risiko-risikonya, walaupun dengan hanya mengambil satu minuman beralkohol sahaja boleh menyekat keupayaan badan anda untuk mengeluarkan susu.

Awasi perisa makanan dan minuman yang anda ambil

Anda mungkin mendapati bahawa sesetengah makanan yang perisanya agak kuat akan menyebabkan perut bayi anda masuk angin atau meragam. Anda pasti dapat mengenal pasti sama ada bayi anda sensitif terhadap sesuatu yang anda makan atau minum kerana bayi umumnya akan menunjukkan ketidakselesaan dengan meragam selepas makan, menangis yang tidak dapat diredakan atau kurang tidur. Jika bayi anda alah terhadap sesuatu yang anda telah makan, anda mungkin dapat melihat tindak balasnya pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal) , dalam pernafasannya (berdehit atau tersumbat) atau dalam najisnya (berwarna hijau atau seperti mukus).

Walaupun sesetengah ibu percaya bahawa sajian yang pedas boleh menyebabkan bayi mereka sakit perut, kaedah cuba-cuba dahulu boleh menjadi panduan yang terbaik bagi anda kerana keadaan cepat meragam yang disebabkan oleh makanan adalah jelas berbeza dari satu bayi ke satu bayi yang lain. Jika anda mendapati yang anda boleh memakan salsa burrito yang pedas, ayam bawang putih atau kari sayur-sayuran yang pedas tanpa membuatkan bayi anda berasa tidak selesa, teruskan! Satu amaran: Sesetengah penyebab kolik yang biasa adalah termasuk brokoli, kubis, kubis Brussels, dan susu lembu.

Periksa paras zat besi anda

Ramai pakar kesihatan profesional mengesyorkan agar terus mengambil suplemen sebelum hamil (suplemen multi vitamin-mineral) yang mempunyai zat besi, sewaktu menyusui bayi. Atau, jika ujian darah menunjukkan bahawa tahap zat besi anda adalah rendah, doktor anda boleh mengesyorkan semula agar anda mengambil suplemen zat besi. Jika anda masih meneruskan dengan suplemen vitamin yang umum, jangan lupa bahawa ia tidak menggantikan tabiat pemakanan yang teruk. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan ada kepelbagaian!

Popularity: 17% [?]

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

• Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

• Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.

• Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

• Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.

• Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

• Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga problem emosional pada bayi.

• Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.

Popularity: 15% [?]