Apa dia tanda lahir ?

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

  • Macular - Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
  • Hemangiomas - boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.Port-Wine Stains - satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.2) Tanda lahir pigmenIa merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

    Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

    Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

    Kaedah Rawatan

    Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

    Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

    Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

    Sumber:Berita Harian

  • Popularity: 100% [?]

    Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • blinkbits
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • connotea
    • del.icio.us
    • digg
    • Fark
    • feedmelinks
    • Furl
    • LinkaGoGo
    • NewsVine
    • Netvouz
    • RawSugar
    • scuttle
    • Shadows
    • Simpy
    • Smarking
    • Spurl
    • Wists
    • YahooMyWeb


    Soalan:

    Doktor,
    Bayi saya dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Dermatitis Bulossa, kini berusia 7 bulan. Sistem perkumuhannya (buang air besar) amat payah, kadangkala sehingga muntah-muntah. Saya tidak sampai hati melihatkan keadaannya itu. Saya ingin bertanya kepada doktor apakah pemakanan yang terbaik perlu saya sediakan untuknya. Segala maklum balas amat saya hargai. Terima kasih.

    Jawapan:

    Sembelit

    Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

    Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.

    Menghadapi masalah sembelit

    * Berikan air yang lebih

    Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.

    Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.

    Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

    * Makanan kaya serat

    Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

    Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.

    Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.

    Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

    * Senaman yang cukup

    Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

    * Jadual pemakanan yang tetap

    Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

    * Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik

    Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.

    Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-kanak, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

    Sumber: Utusan Malaysia (24/09/2006)

    Popularity: 6% [?]

    Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • blinkbits
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • connotea
    • del.icio.us
    • digg
    • Fark
    • feedmelinks
    • Furl
    • LinkaGoGo
    • NewsVine
    • Netvouz
    • RawSugar
    • scuttle
    • Shadows
    • Simpy
    • Smarking
    • Spurl
    • Wists
    • YahooMyWeb

    hamil

    Mitos anak kelaparan dalam kandungan, terpaksa makan berganda wajar diketepikan.

    BANYAK mitos yang didengari mengenai ibu hamil dan amalan berpuasa. Ramai percaya, ibu hamil perlu makan kerana takut anak dalam kandungan kelaparan terutama yang masih pada peringkat awal kehamilan. Malah, ibu hamil juga dikatakan perlu makan untuk dua orang (ibu dan anak
    dalam kandungan) menjadikan kuantiti pemakanan ditambah dua kali ganda. Justeru, puasa tidak digalakkan sama sekali.

    Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Fatimah Arshad, berkata meskipun anggapan berkenaan sudah sebati dengan masyarakat hari ini, kajian menunjukkan mitos berkenaan salah sama sekali.

    “Tiada halangan yang menyekat ibu hamil untuk berpuasa. Tidak kira pada awal kandungan atau pada peringkat akhir kehamilan. Asalkan ibu berkenaan sihat tanpa penyakit kronik yang membahayakan kesihatan, mereka boleh berpuasa seperti orang lain. Dalam Islam dibolehkan
    mereka tidak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan ibu atau anak,” katanya.

    Puasa yang memudaratkan ibu hamil ialah apabila kandungan gula dalam darah menurun. Namun dalam kebanyakan kes penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya, puasa adalah sebaik-baik langkah mengurangkan risiko yang dihadapi.

    “Lazimnya, ibu yang sihat tanpa risiko boleh berpuasa. Bagaimanapun, amalan berpuasa sebenarnya adalah jalan terbaik untuk merancang diet terutama mereka yang menghidap penyakit seperti diabetis atau darah tinggi. Waktu makan lebih teratur dan tidak berselang seli dengan makanan yang tidak diperlukan. Misalnya waktu sahur sama dengan waktu
    sarapan dan makan malam, makan tengah hari adalah sama dengan waktu berbuka puasa dan moreh pula sama dengan snek.

    “Jadi, aturan ini secara tidak langsung menyekat ibu hamil daripada makan berlebihan yang menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat. Ini kerana ibu hamil mudah mengalami peningkatan gula dalam darah,” katanya.

    Fatimah menasihatkan ibu hamil supaya bijak merancang pengambilan makanan dengan mengatur keperluan khasiat dan zat pemakanan. Perancangan itu menjamin ibu hamil memperoleh semua zat yang diperlukan janin dalam kuantiti diperlukan saja.

    “Ibu hamil perlu memastikan berat mereka tidak bertambah secara berlebihan ketika hamil. Anggaran peningkatan hanya sekadar 1 kg setiap bulan iaitu jumlah maksimum sebanyak 9 kg saja. Pertambahan berat badan lebih daripada 10 kg hanya menyebabkan ibu berisiko
    mengalami kandungan gula bertambah dan tekanan darah tinggi. Justeru, perancangan menu amat penting bagi memastikan ibu dan bayi terus sihat,” katanya.

    Kalsium adalah zat paling penting untuk pembentukan tulang janin. Bagi mendapatkannya, ibu perlu minum dua gelas susu skim (tanpa lemak) setiap hari iaitu pada waktu sahur dan berbuka.

    Jika ibu mengalami diabetis, amalkan minum susu dan buah-buahan berserat tinggi seperti betik, epal, tembikai atau oren. Jangan makan buah-buahan manis. Pemanis mulut seperti bubur kekacang dapat melawaskan penghadaman.

    “Selepas terawih, minum minuman bersusu seperti susu bersama oat, emping jagung, kacang kuda atau tauhu sumbat. Elakkan makan nasi secara berlebihan iaitu tidak lebih 3/4 cawan kerana nasi mengandungi gula. Kalau boleh gunakan beras perang atau beras basmati.

    “Memilih spageti lebih baik berbanding mi atau bihun biasa. Lauk seperti sup sayur satu mangkuk, lebihkan ikan atau ayam satu potong. Banyakkan minum air kosong berbanding air bergula,” katanya.

    Ketika bersahur, ibu boleh mengambil sandwic tuna menggunakan roti berkalsium tinggi atau nasi yang dimakan bersama sayuran yang banyak. Bagi menambah darah, pastikan ibu makan hidangan mengandungi zat besi. Ia boleh diperoleh dengan memakan organ ayam atau lembu seperti hati sekali seminggu.

    Memakan sayur hijau dapat membantu menyerap zat besi dengan lebih berkesan, manakala ayam dan daging juga boleh membina sel darah merah. “Bulan puasa menjadikan ibu lebih peka dengan pengambilan hidangan sihat mengandungi pelbagai nutrien yang mengikut semua keperluan
    seperti terkandung dalam piramid pemakanan. Malah, menu terancang menjadikan bayi lebih sihat. Ibu hamil juga perlu bersenam walaupun pada bulan puasa. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan sembahyang terawih.

    “Sebelah petang banyakkan berehat untuk menyimpan tenaga. Apa yang penting, waktu berbuka jangan makan berlebihan kerana ia menyebabkan tubuh cepat letih dan menjadikan kita mengantuk. Pengambilan makanan tambahan sebenarnya tidak menjamin khasiat diperlukan tubuh mampu diserap sepenuhnya oleh tubuh. Jika tidak boleh minum susu, gantikan dengan dadih yang kini boleh didapati dalam pelbagai perisa,” katanya.

    Popularity: 7% [?]

    Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • blinkbits
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • connotea
    • del.icio.us
    • digg
    • Fark
    • feedmelinks
    • Furl
    • LinkaGoGo
    • NewsVine
    • Netvouz
    • RawSugar
    • scuttle
    • Shadows
    • Simpy
    • Smarking
    • Spurl
    • Wists
    • YahooMyWeb