
Tentukan anda mendapat suntikan rubella 3 bulan sebelum hamil, sekiranya belum pernah terkena rubella.
Elakkan daripada mencuci najis kucing kerana risiko penyakit toxoplasmosis. Jangkitan ini boleh membawa kepada masalah kecacatan penglihatan dan otak
Elakkan memakan makanan laut mentah atau kurang masak, keju lembut ( soft cheese).
Hindari daripada merokok atau berada dalam tempat yang mempunyai asap rokok serta mengambil alkohol. Asap rokok dan alkohol boleh membantutkan pertumbuhan janin dan menyebabkan kerosakan otak
Ambil asid folik sebelum hamil untuk mengurangkan risiko masalah spina bifida pada janin.
Elakkan daripada mengambil sebarang ubat sama ada antibiotik ataupun ubatan tradisional tanpa nasihat doktor.
Tentukan anda mendapat nasihat serta rawatan susulan yang rapi daripada pakar sakit puan sekiranya ingin hamil selepas umur 35 tahun.
Popularity: 6% [?]
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.